Saturday, August 20, 2011

Along Biadab

Telah banyak kali dan berulang kali perkara ini ditonjolkan oleh media cetak dan elektronik. Tapi isu ini nampaknya tak habis-habis dan pernah padam. Bukan kerana isu ini tidak boleh diselesaikan tetapi kerana permintaan yang menggalakkan dari pelanggan yang tidak serik dengan apa yang bakal ditempuhi.

Media cetak juga tidak peru mennsesasikan perkara-perkara kecil hanya untuk mengautkan keuntungan sehingga isu tersebut dianggap begitu sensitif. Secara rasionalnya, apakah isu ini begitu sensistif untuk ditengahkan oleh media cetak atau sengaja dipolitiikan sehingga membawa kepada desakan umum?

Yang lebih penting, pihak penguatkuasa tidak boleh tidur dalam menjalankan tugas dan hanya hangat-hangat taik ayam didalam melakukan tindakan penguatkuasaan. Kadangkala apabila kita melihat tindakan penguatkuasaan seperti Majlis-Majlis Tempatan/Bandaraya hanya melakukan penguatkuasaan mengikut musim atau apabila isu ini dibangkitkan oleh media cetak. Pihak PDRM atau Pembekal Telekomuniasi termasuk Badan-Badan NGO's juga perlu memainkan peranan. Apakah ada konspirasi diantara 'along' dengan Pembekal Telekomuniasi?

Ini kerana setiap iklan yang dipaparkan mempunyai no talian telefon. kalaus secara logiknya pengesanan amat mudah dibuat terhadap pengiklan tersebut tetapi kenapa ianya masih lagi berleluasa dan tidak dapat diselesaikan? Selain itu apakah ada unsur penyelewengan atau rasuh didalam isu ini?

Sama-samalah kita renungkan.

0 comments:

Post a Comment