Parti politik juga tidak ketinggalan untuk menangani isu-isu negatif yang dilemparkan kepada negara. Mereka juga mempunyai komitmen dan tanggungjawab sosial untuk menentukan pembangunan dan keharmonian sesebuah negara itu terjamin dan dinikmati berkekalan. Tidak kira apa aliran mereka samada berhaluan kiri atau berhaluan kanan. Jatidiri sesuatu parti politik menjunjung kesetiaan kepada negara bukan satu perkara yang boleh dikompromi.
Saya terbaca didalam satu wacana anjuran sebuah parti politik di Kuala Lumpur tempoh hari amat jelas UMNO juga terkecuali dan perlu memperbaiki media baru untuk menangani persepsi negatif bukan sahaja kepada UMNO itu sendiri tetapi sebagai Kerajaan yang memerintah. Mungkinkah UMNO
sendiri ketinggalan berbanding dengan parti-parti pembangkang dan terpaksa perlu diingatkan dan memperbaiki kaedah ini dari masa kesemasa? Apakah persepsi UMNO yang hanya menjuruskan pandangan mereka hanya kepada perkara-perkara positif tanpa alasan-alasan yang kukuh telah menjauhkan pembaca untuk mengikuti perkembangannya berbanding dengan media arus kanan?
Dari apa yang telah dilalui dan diperhatikan secara dekat, terdapat segelintir dari blog-blog parti-parti politik atau forum-forum seperti UMNO Grup dan sebagainya kurang mempraktikk 'rendah diri' atau memperaktikkan sikap intelektual yang berhemah yang boleh menarik minat seseorang pembaca. Ini dapat diperhatikan dari beberapa blog yang telah diceburi. Kenyataan seperti 'cepat melenting' atau 'cepat melatah' sering ditonjolkan oleh penulis-penulis blog didalam grup ini. Penulis hanya menulis tetapi pembaca akan menilai setiap tulisan yang diketengahkan. Penilaian itu kelak akan dapat menilai sejauh mana sesebuah parti itu dari segi intelektualnya atau kematangnya.
Berbanding dengan portal-portal atau bloh parti-parti pembangkang yang sering menjadi tumpuan pembaca oleh kerana setiap penulis memilik kepakaran masing-masing dan terdiri dari professional-professional yang memang berkecimpung didalam bidang mereka.
Wacana yang dilaksanakan tempoh hari dan dihadiri oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia itu adalah sesuatu yang perlu diambil tindakan serius didalam usaha UMNO untuk bersama-sama membantu didalam menghadapi 'perang siber' yang sofistikated dan lebih mencabar. Kalau dulu UMNO Trooer menghadapi perang siber RFORMASI pada tahun 1998 adalah sebagai permulaan kaedah baru ini diperkenalkan. Tetapi kini kaedah ini telah dijadikan sebagai sesuatu yang WAJIB bagi setiap parti politik di Malaysia oleh kerana penyampaian maklumat lebih tepat dan menyeluruh berbanding kaedah konvesional. Dari kajian dijalankan, setiap 10 rumah di Malaysia 8 rumah memiliki jalur lebar walaupun berkedudukan di pendalaman.

0 comments:
Post a Comment