Terbaca didalam dada sebuah media cetak mengatakan PAS desak SPR buat pilihan. Nasrudin Hassan yang mewakili Dewan pemuda PAS mencadangkan pilihan begini:- • Meminta Yang Di Pertuan Agong merombak Suruhanjaya Pilihanraya yang ada
• Pengarah dan Timbalannya meletakkan jawatan.
• Merombak keseluruhan struktur suruhanjaya dan membuat penstrukturan semula.
"Beliau menegaskan tindakan ini perlu atas alasan negara tidak boleh lagi menghadapi pilihanraya kerana SPR kini telah mengalami kecacatan yang parah pada nilai kepercayaan awam terhadap ketelusan dan keadilan mereka mengendalikan
pilihanraya." Sebagai pembaca dan juga penulis, saya berasa muak dengan tatacara yang ditonjolkan segelintir parti-parti pembangkang seperi PAS. Sebagai rakyat Malaysia, kita
sepatutnya berbangga dengan undang-undang di negara kita sendiri. Undang-undang yang dicipta oleh manusia bukanlah lengkap tetapi setidak-tidaknya kita mempunyai peradaban yang boleh diikuti daripada kita tidak langsung mempunyai peradaban kita sendiri.Dari pandangan dan pemerhatian saya, telah sekian lama PAS berjuang dan sehingga kini saya tidak nampak apakah sebenar yang diperjuangkan oleh PAS?Nak dikatakan PAS berjuang untuk Islam tetapi melalui konsep Islam yang telah banyak tercalar dan dicalarkan oleh segelintir 'mereka', PAS langsung tidak menonjolkan pendirian mereka sebagai pejuang Islam. Mursyidul PAS sendiri melalui ikon 'ulama' tidak memberikan pendirian sebenar dan sering berdolak-dalik didalam memberikan pandangan.Sebagai penulis saya tidak hairan kenapa perkara ini berlaku kerana PAS sekarang telah banyak dipolitikkan oleh 'mereka' yang mempunyai kepentingan peribadi. Saya sendiri mengakui dan menghormati secara peribadi bahawa PAS akan menjadi satu parti politik yang kuat, mantap dan disegani sekiranya perjuangan PAS itu telus dan 'berpendirian' serta mempunyai identiti sendiri.Kenyataan dan desakan yang dibuat oleh Wakil Pemuda PAS Sdra Nasrudin Hasan itu ditujukan kepada SPR mungkin tidak tepat. Ini kerana kecacatan yang telah parah itu sepatutnya bukan ditujukan kepda SPR tetapi lebih jelas kalau ianya ditujukan kepada PAS itu sendiri kerana kini perjuangan PAS kepada perjuangan menegakan negara Islam telah dihapuskan oleh pemimpin-pemimpin seperti Nasrudin Hasan.PAS perlu muhasabah diri dan memperbetulkan saf kepimpinan sedia ada dan jangan sering menuding jari kepada orang lain apabila PAS sendiri semakin parah. PAS sepatutnya kembali ke pangkal jalan. Kecacatan yang berlaku didalam PAS itu sendiri telah menghakis keyakinan ahli-ahli PAS terutama di negeri Johor dan mereka keliru dengan perjuangan PAS masa kini. Apa pendirian PAS mengenai isu-isu yang berlaku ketika ini?