Dalam sehari dua ni, Mat Sabu, Pas dan gerombolan penyokongnya sedang sedaya upaya membuktikan bahawa Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan negara.
Sekarang ini mereka cuba menjadikan buku biografi Pengukir Nama Johor pula sebagai sandaran utk mengiakan hujah Mat Sabu yg meletakkan Mat Indera dan komunis sebagai pejuang kemerdekaan.
Buku Pengukir Nama Johor memenuhi tujuan penerbitannya merungkai siapa yg pernah berjuang menentang penjajahan British dan buku tersebut juga tidak menafikan penglibatan Mat Indera dengan komunis.
Pada perenggan akhir biografi Mat Indera dalam buku tersebut turut mencadangkan supaya Mat Indera secara individu di iktiraf sebagai pejuang kemerdekaan dan bukannya petualang.
“walaupun ketokohan Mat Indera masih menjadi kontroversi, namun ada satu persoalan besar yg perlu di beri jawapan sewajrnya. Persoalan kini; Adakah Mat indera seorang petualang atau seorang pejuang? Huraian di atas cukup jelas memberikan jawapan yang tepat kepada persoalan itu.Seperti Maharaja Lela, Tok Janggut, Mat saleh, Dato’ Dol Said, Rosli Dobi dan lain-lain, Mat Indera adalah seorang yang berani berjuang secara terbuka melibatkan jasmaninya, rohaninya, inteleknya dan emosinya demi bangsa dan negara.Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai pejuang, bukannya seorang petualang”. (Petikan buku Pengukir Nama Johor)
Penulis biografi Mat Indera dalam buku itu sendiri mengakui sejarah Mat Indera penuh kontroversi. Tentu sekali kerana penglibatan Mat indera bersama komunis.
Tetapi buku tersebut tidak sesekali mencadangkan supaya keganasan bersenjata komunis PKM diiktiraf sebagai perjuangan untuk kemerdekaan.
Biografi bersifat riwayat hidup dari sisi pandangan orang-orang terdekat selain turut mengutip sedikit info drpd lain-lain buku atau rujukan. Ia boleh di rujuk utk mengetahui riwayat Mat Indera dari satu sisi tapi bukan rujukan sejarah yg muktamad untuk menafikan keganasan yg dilakukan oleh Mat Indera dan anggota penganas komunis.
Saranan dan pengiktirafan buku tersebut sama seperti sejarah Tanah Melayu yg mengakui pencerobohan tentera Jepun telah berjaya membangkitkan semangat menentang British di kalangan anak Melayu selepas tamatnya Perang Dunia ke-2.Tapi hakikatnya kita tak iktiraf pun Jepun sebagai pejuang kemerdekaan hakiki Tanah Melayu.
Mat Sabu walaupun tidak menyebut perkataan komunis secara terbuka hakikat kita semua tahu Mat Indera tidak berseorangan menyerang Balai Polis Bukit Kepong.
Mat Sabu dan gerombolan fokuskan isu pada Mat Indera di masa yang sama mereka melupakan fakta bahawa Mat Indera telah mengetuai sepasukan 200 orang manusia yg mengangkat panji komunis untuk menyerang Balai Polis Bukit Kepong.
“Bila hari merdeka nanti, tunjuklah filem Bukit Kepong. Bukit Kepong, polis itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan. Ketuanya Mat Indra, Melayu.. tetapi semua sejarah tu ditutup.Jins Shamsudin buat filem, Jins Shamsudin tu UMNO. Cerita Bukit Kepong hat serang Balai Polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita di perintah oleh British.Tapi di buat filem yang hero hat pertahan balai polis hat serang tu pengganas. Padahal Mat Indera ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di jail Taiping”. – (Mat Sabu, Timbalan Presiden Pas / 21 ogos 2011)
Penglibatan seorang Melayu Islam yg mengetuai pasukan komunis tidak mampu memadam fakta sejarah bahawa komunis itu pengganas dan membawa banyak kerosakan pada kehidupan rakyat.
Mat Indera memusuhi British adalah fakta. Mat Indera seorang Melayu Jawa dan beragama Islam juga fakta.Mat Indera menyokong perjuangan ganas komunis adalah fakta.Mat Indera bukannya secara berseorangan menyerang Balai Polis Bukit Kepong, ini fakta.Mat Indera mengetuai sepasukan 200 orang pengganas komunis menyerang dan mengganas di Bukit Kepong, ini fakta.Ideologi komunis yg menolak ketuhanan yakni tidak menyakini kewujudan Allah s.w.t jugak adalah fakta.Matlamat komunis utk mendirikan Republik Komunis seperti mana republik komunis Soviet Union dan negara Cina adalah fakta.Hak kehidupan umat Islam mengamalkan Islam di Soviet Union dan China di kekang dan dinafikan, ini fakta.Dan komunis berterusan membuat kacau walaupun British sudah berambus dari Tanah Melayu (Malaysia) pun adalah fakta.
Menentang penjajahan British tidak menghapuskan hakikat bahawa Mat Indera telah bersekongkol dengan komunis yg matlamatnya jelas bertentangan dengan Islam.
Mat Indera tidak layak di sama tarafkan dgn perjuangan tokoh lain seperti Maharaja Lela, Dol Said, Tok janggut, Mat Kilau atau Abdul Rahman Limbong.
Tok Janggut, Mat Kilau, Tok Gajah dan lain-lain pahlwan & pejuang kemerdekaan menentang penjajahan British namun mereka tidak pula menyertai organisasi yg menolak kewujudan Allah s.w.t
Tidak pula Tok Janggut atau Mat Kilau berangan-angan utk mewujudkan republik yg bercorak komunis atau atheis.
Amat berbeza dengan Mat Indera yg menentang penjajah British di masa yg sama dia menyokong dan bersetuju dgn dasar komunis yg anti ketuhanan yakni tidak mempercayai kewujudan Allah s.w.t.
Dipetik dari Xpressminda
Kalau nak jadikan alasan menentang penjajahan British sebagai sandaran utama utk iktiraf seseorang, maka eloklah kita iktiraf Jepun sebagai pejuang kemerdekaan kita atas sebab Jepun berjaya menghalau British keluar daripada Tanah Melayu.

IAR
ReplyDeletePKMM ditubuhkan setahun lebih awal dari Umno untuk halau British dari Malaya..Antara ahli sayap pemuda parti kebangsaan melayu malaya (PKMM) yang dipimpin Dr burhanuddin al-helmy dan ishak haji mohammad, adalah Mat Indera. Beliau juga dikenali sebagai angkatan pemuda insaf (API), atau dikenali sebagai angkatan pembunuh inggeris oleh golongan pemuda fanatik.
Selepas British MENGHARAMKAN gabungan PUTERA-AMCJA pada awal tahun 1948 (atas desakan dan hasutan pemimpin UMNO), akibat daripada pengharaman tersebut, seluruh usaha perjuangan kemerdekaan PUTERA-AMCJA terbantut (cadangan Perlembagaan Rakyat dan Kemerdekaan Malaya) dengan juga penangkapan beberapa pemimpin utama dan Mat Indera telah mengambil keputusan untuk meneruskan perjuangan menentang Penjajah British melalui peperangan gerila dengan menyertai PKM.
Oleh kerana hanya komunis sahaja yang berjuang menentang British di dalam hutan, tidak dapat tidak Mat Indera terpaksa menjalinkan hubungan dengan komunis. Tindakan Mat Indera bersatu tenaga dengan komunis mencetuskan kemarahan British yang menawarkan hadiah sebanyak $25,000.00 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera.
Beliau bekerjasama dgn PKM BUKAN KERANA hendak memurtadkan org Islam atau hendak menjadikan negara ini negara komunis.Yang jelasnya dia bekerjasama dgn PKM adalah utk menghalau British drp negara ini.Beliau berjuang utk memerdekakan negara ini.
Ini FAKTA sejarah cuba padamkan atau diputarbelitkan oleh media arus perdana kini, sebagaimana penjajah British melebelkan perjuang negara dan alim ulama seperti Mat Kilau, Tok Gajah, Tok Bahaman, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan yang lain-lainnya sebagai "PENJAHAT" begitu juga dengan Mat Indera,BRITISH DAKWA sebagai "Petualang negara..
Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis buku diatas ada menyebut :
"Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? ...Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang".
Adakah Mat Indera petualang negara?Jangan termakan hasutan media arus perdana yang kononnya hanya UMNO sahajalah HERO atau pejuang kemerdekaan sebenar. Banyak lagi tokoh2 lain yang berjasa tak disebut atau dibangkit ketika musim merdeka.Ke mana pergi nama-nama yang mempelopori kemerdekaan negara seperti Dr Burhanudin alHelmi, Ibrahim Yaakob, Ustaz Abu Bakar al Baqir, Ahmad Boestamam dan lain-lain lagi??Kenapakah nama-nama mereka digelapkan daripada sejarah negara ini???Sebaliknya yang diuar-uarkan ketika menyambut kemerdekaan ialah tokoh-tokoh Umno. Ini sepatutnya diubah pada masa datang sebagaimana Mat Sabu sarankan. Jangan Sambut kemerdekaan Seperti Sambut Ulang Tahun Umno bak kata Mat Sabu.
Mat Indera memiliki ilmu tinggi dan dikatakan kuat beribadat dan juga Mat Indera adalah Seorang Ustaz Yang Dapat Tauliah Agama Dari Kerajaan Johor.
ReplyDeleteAdakah orang beragama seperti Mat Indera dikatakan penganut fahaman komunis dan tidak bertuhan? Berita Harian pernah mengeluarkan satu artikel yang agak adil mengenai Mat Indera, tak seperti Utusan Malaysia lebih berbau komunis, perkauman dan politik.Sila rujuk disini :
http://www.bharian.com.my/articles/KopikecubungtewaskankekebalanMatIndera/Article/
“Tidak adil terus melabel Mat Indera sebagai pengkhianat kerana dia juga berjuang untuk menuntut kemerdekaan. Cuma kumpulan yang disertainya itu tidak sesuai, itupun disebabkan tiada kumpulan lain ketika itu. Kumpulan Melayu lain terlalu lambat bertindak”- dipetik dari Berita Harian
Ingatkan sekali lagi, Beliau bekerjasama dgn PKM BUKAN KERANA hendak memurtadkan org Islam atau hendak menjadikan negara ini negara komunis.Yang jelasnya dia bekerjasama dgn PKM adalah utk menghalau British drp negara ini.Beliau berjuang utk memerdekakan negara ini.Oleh kerana hanya PKM sahaja yang berjuang menentang British di dalam hutan, tidak dapat tidak Mat Indera terpaksa menjalinkan hubungan dengan komunis. (Selepas pengharaman gabungan PUTERA-AMCJA, awal 1948).
Tindakan Mat Indera bersatu tenaga dengan komunis mencetuskan kemarahan British yang menawarkan hadiah sebanyak $25,000.00 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera.
Ini FAKTA sejarah cuba padamkan atau diputarbelitkan oleh media arus perdana kini, sebagaimana penjajah British melebelkan perjuang negara dan alim ulama seperti Mat Kilau, Tok Gajah, Tok Bahaman, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan yang lain-lainnya sebagai "PENJAHAT" begitu juga dengan Mat Indera,BRITISH DAKWA sebagai "Petualang negara.
JGN kerana politik sempit sanggup melebelkan pejuang bangsa sendiri sebagai komunis,petualang dan pengganas..