Tuesday, September 6, 2011

Tak Pandai Menilai Teks Ucapan MBJ atau Otak Mat Sabu Begitu Kecil Untuk Merungkai Maksud Ucapan MBJ sempena Majlis pelancaran Buku Fatimah Gadis Desa - Srikandi Bangsa.

'ADA MATA LIHAT, ADA TANGAN TULIS, ADA TELINGA DENGAR, ADA AKAL MENILAI'. Rasanya Mat Sabu hanya ada LUTUT dan disitu mungkin akalnya berada. Sebagai pembaca dan penulis, cuba kita sama-sama menilai teks ucapan MBJ. Bukan nak kata siapa salah/betul, tetapi cuba nilai. Kalau orang bodoh boleh diajar tetapi kalau orang dah bodoh sombong, susah kita juga. Mat Sabu cuma buat gimik nak alihkan perhatian kis Anwar Ibrahim, itu aje. Yang kita rakyat Malaysia ni janganlah melatah. Siapa tak kenal Mat Sabu, 'scapegoat' yang dikatakan 'expendable' oleh pemimpin PAS. Kerana banyak kekalutan dalam PAS, takkan nak korbankan Nik Aziz pulak.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berikut adalah tek penuh Ucapan MB Johor, di petik dari : http://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=769&Itemid=66
UCAPAN Y.A.B. DATO’ HAJI ABDUL GHANI BIN OTHMAN
MENTERI BESAR JOHOR
DI MAJLIS PELANCARAN BUKU ‘FATIMAH-GADIS DESA SRIKANDI BANGSA’
DI PERMATA BALLROOM, HOTEL PUTERI PACIFIC, JOHOR BAHRU
PADA HARI KHAMIS, 13 OGOS 2009 JAM 10.45 PAGI
1.    Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T., di atas limpah kurnia-Nya dapat kita bersama-sama pada pagi ini sempena satu majlis yang amat bermakna kepada negeri Johor.  Pada kesempatan ini, saya merakamkan penghargaan yang mendalam di atas penghormatan menyampaikan ucapan dan seterusnya melancarkan buku ‘Fatimah Gadis Desa Srikandi Bangsa’, iaitu satu lagi catatan bersejarah negeri ini.

Monday, September 5, 2011

Kontroversi Mat Sabu hanya untuk mengalih perhatian kepada isu mahkamah Anwar?

Kita orang Johor tak marah kalau Mat Sabu berpolitik hentam sana sini, mencarut dan memaki hamun. Tetapi apabila Mat Sabu menghina orang Johor - Mat Indera nak disamakan sebagai pejuang, pengkhianat atau sebagai hero, itu yang kita orang Johor marah. Biarlah sejarah dikekalkan sepertimana seadanya. Kalau ada perubahan, biarlah mereka yang arif di IPTA tu mengkaji semula sejarah dan diperbetulkan. Mat Sabu tu tak payah nak sebok-sebok nak jadi tokoh sejarah pulak.

Kalau kita lihat dan amati secara lebih jelas, apa sebenarnya kerja Mat Sabu ni? Macam Israel juga, cuma nak alihkan perhatian orang daripada isu mahkamah Anwar Ibrahim. itu sahaja.

Hai Mat Sabu ni nak kena baling dengan kasut ke seperti J.W. Bush atau membe kita ni?

Kontroversi kenyataan Mat Sabu - Benarkah kalau dahulu orang yang memakai 'Sarban' dan apabila membuka 'sarban', otaknya semakin kecil?

Dalam sehari dua ni, Mat Sabu, Pas dan gerombolan penyokongnya sedang sedaya upaya membuktikan bahawa Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan negara.
Sekarang ini mereka cuba menjadikan buku biografi Pengukir Nama Johor pula sebagai sandaran utk mengiakan hujah Mat Sabu yg meletakkan Mat Indera dan komunis sebagai pejuang kemerdekaan.
Buku Pengukir Nama Johor memenuhi tujuan penerbitannya merungkai siapa yg pernah berjuang menentang penjajahan British dan buku tersebut juga tidak menafikan penglibatan Mat Indera dengan komunis.

Sejarah Mat Indera - bagi yang buta sejarah Johor.

Walauapapun yang Mat Indera lakukan, kita masih lagi berbangga kerana beliau adalah orang Melayu Malaysia. Bagi sesiapa yang BUTA sejarah, disini ada petikan sedikit sejarah Mat Indera yang diberikan oleh kawan-kawan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa Mat Sabu supaya bertaqwa baru-baru ini. Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama.

Saturday, August 20, 2011

Kaedah baru tangani persepsi negatif

Parti politik juga tidak ketinggalan untuk menangani isu-isu negatif yang dilemparkan kepada negara. Mereka juga mempunyai komitmen dan tanggungjawab sosial untuk menentukan pembangunan dan keharmonian sesebuah negara itu terjamin dan dinikmati berkekalan. Tidak kira apa aliran mereka samada berhaluan kiri atau berhaluan kanan. Jatidiri sesuatu parti politik menjunjung kesetiaan kepada negara bukan satu perkara yang boleh dikompromi.

Saya terbaca didalam satu wacana anjuran sebuah parti politik di Kuala Lumpur tempoh hari amat jelas UMNO juga terkecuali dan perlu memperbaiki media baru untuk menangani persepsi negatif bukan sahaja kepada UMNO itu sendiri tetapi sebagai Kerajaan yang memerintah. Mungkinkah UMNO